<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

http://sp1.yt-thm-a02.yimg.com/image/25/f10/494836725 >

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, October 13, 2009
TIP MENGENAL DIRI

  • Salah satu cara untuk memberi keyakinan kepada diri ialah menghormati diri kita dan menganggap bahawa diri kita adalah penting.

    Seorang ahli korporat dan pakar motivasi Barat, Ivan Burnell, dalam tulisannya bertajuk, The Power of Positive Doing memberitahu, satu cara untuk memberi keyakinan pada diri ialah menghormati diri kita dan menganggap bahawa diri kita adalah penting.

    Sehubungan itu, kita harus mengurus diri sendiri sebaik mungkin. Bukan hanya pada aspek fizikal saja tetapi juga mental dan emosi.

    Seterusnya kita harus bertanya pada diri sendiri. Siapa diri kita yang sebenar? Ikuti beberapa point di bawah...

    S: Pengertian 'saya'

    Setiap orang harus berbangga kepada diri sendiri dan bersyukur kerana dilahirkan serta dapat menikmati kehidupan di dunia. Oleh kerana manusia ialah ciptaan Allah yang terbaik, maka wajarlah kita menghormati diri sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang boleh memberi faedah kepada diri serta keluarga.

    I: Insan

    Anda ialah seorang insan dan bukannya robot atau komputer yang perlu diarah untuk melakukan sesuatu tindakan. Sebagai seorang insan kita dilengkapi dengan pancaindera yang berfungsi mengikut keperluan-keperluan tertentu dengan bijak.

    A: Amalan

    Sebagai seorang insan yang hidup di dunia ini, kita seharusnya mengamalkan segala ilmu. Sesuatu ilmu itu akan pudar sekiranya ia tidak diamalkan.

    Sebagai contoh, setiap pagi atau petang kita amalkan latihan menyegarkan badan supaya ia sihat dan dijauhkan daripada penyakit. Oleh itu amalan ialah asas ke arah kejayaan. Tidak ada kejayaan tanpa amalan.

    P: Peribadi

    Setiap manusia mempunyai peribadi tersendiri. Jika kita seorang pelajar setiap tingkah laku kita haruslah bercirikan seorang pelajar sama ada di sekolah, di rumah atau di mana sahaja. Peribadi yang mulia dapat mengelakkan daripada tercetusnya masalah-masalah yang boleh menganggu ketenteraman fikiran. Fikiran yang tenteram membolehkan kita belajar dan menjalani kehidupan yang lebih sempurna

    A: Adil

    Kita seringkali menyalahkan orang lain dengan mengatakan mereka tidak adil pada diri kita. Tanyalah kepada diri sendiri dahulu sama ada kita berlaku adil atau tidak?

    Kita dikurniakan oleh Allah lengkap dengan anggota tubuh badan. Sejauhmana kita menggunakan segala anggota dalam melaksanakan segala tindakan dan tugas setiap hari? Ramai antara kita yang tidak yakin pada diri sendiri. Seolah-olah menolak hakikat bahawa diri kita yang dicipta oleh Allah mempunyai pelbagai potensi sama seperti orang lain.

    Kepada para pelajar mulai sekarang pupuklah keyakinan yang sepenuhnya kepada diri sendiri. Anggaplah segala anggota yang ada pada tubuh badan ini sesuatu yang istimewa serta di antara yang terbaik.

    Jangan biarkan perasaan dan emosi kita mengongkong serta menjadi penghalang ke arah tindakan dan hasrat kita yang murni. Anggaplah bahawa apa sahaja yang dapat dilakukan oleh orang lain, kita juga dapat melakukannya.

    Sumber: http://tippeperiksaan.webs.com/renungan.htm
    www.kosmo.com.my

    P/S; artikel ini sudah dimodifikasi utk kesesuaian pembaca MVM.selamat membaca.

  • Posted at 09:15 pm by CemeRMe

    MIXUL THE KEYBOARD WRITER
    October 14, 2009   03:54 PM PDT
     
    setelah sekian lama..
    akhirnya...
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry