Balik kampung ibu atau mertua?
Salam..
Agak lama MVM xde entry baru..
kali ini saya berkongsi sedikit kisah yang diforwardkan oleh sahabat terdekat saya.
semoga apa yang saya cuba paparkan ini membuka mata hati setiap insan yang membacanya.
Setiap kali menjelang Ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru
saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Di antara
tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas
bersahur sementara menunggu waktu Solat Subuh ibu akan memanggil kami
semua (3 orang anak perempuannya - ibu mempunyai 4orang anak perempuan
seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita
tentang kebesaran ALlah dan hukum hakam
dalam Islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun
ketika tu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.
Ibu: Apa yang nak ibu cakap ni....dengar baik-baik
lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no.3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan
mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah
tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada
hari raya pertama. Betul tak?
Ateh & Acik: Betul, mestilah rumah ibu dulu..
Ibu: Dengar dulu, contohnya jika rumah kamu di Tanjong
Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah
yang akan kamu tuju dulu?
Ateh & Acik : Rumah ibulah sebab dekat
Ibu: Tidak, ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.
Baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan
barulah balik ke rumah ibu. Ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.
Ateh: Mengangguk..(tanda faham... dia ni banyak ikut
perwatakan ibu: penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit,
sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kami
adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam Islam
seperti ibu juga).
Acik: Mana boleh macam tu tak aci lah, kena
gilir-gilirlah baru adil.. (dia ni memang kaki bangkang pun.....outspoken
skit kalau dia tak puas hati)
Ibu: Ingatlah......jika anak-anak perempuan tu
sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat
nanti...taatlah pada suami dan mentua
Acik : Macam kaum h****lak. Dah kahwin tak boleh gi rumah
emakbapak.
Ibu: Bukan macam tu......Islam tu indah..setiap
anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka,
ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu.....
dan seperkara lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mana... hanya
dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut
ISLAM......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA.. InsyaALlah dia tak
akan ke mana.....kalau dia melilau pun dia akan
kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah
bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.
Ditakdirkan ALlah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim
piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih
mempunyai ibubapa mentua . Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik
sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat
atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).
Dengan takdir ALlah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari
sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut
tapi saya rasa......terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu.
Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...
Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?
Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru
balik ke Melaka (dia ni memang malu sakan dgn ibu).
Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?
Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di
sini.
Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
Abang ipar : Mereka tiada halangan. (dalam hati saya rasa terkilan
apalah ibu ni biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)
Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang
talipon pada ibu.....lama gak ibu bergayut dengan besannya).
Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di
sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan
cucu-cucu ibu ke sini. Apabila habis bulan Syawal seperti biasa hanya
saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling
rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan
berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah Islam
tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti
lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah
menantu perempuan ibu yang sulung tidak pernah bermalam di rumah ibu
apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong
kerja-kerja rumah yang lain...(tak boleh cerita panjang dah masuk bab mengumpat.)
Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu
kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya
mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan
masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan
di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi.
Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......sempurnakah sudah aku
sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang
solehah?.........berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu? Ya
ALlah,.berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau
redhai.....Amin
Moral: Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak lelaki,
tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui
ajalnya. Buat para isteri, jangan sampai jadikan suami anak derhaka...